Logo Celik Wali

CELIK WALI

Sistem Semakan Susunan Wali Nikah Digital

👥
Jumlah Pelawat
24 JAM
Akses Tanpa Had
📱
MESRA
Semua Peranti
🔔

MAKLUMAN PENTING

Keputusan semakan adalah berdasarkan maklumat yang dimasukkan oleh pengguna. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar, lengkap dan jujur bagi mendapatkan keputusan yang tepat.

💡

TAHUKAH ANDA?

Kesilapan menentukan susunan wali boleh menyebabkan akad nikah menjadi tidak sah.

🛡️ Selamat · Mudah · Berlandaskan Hukum Syarak

DEFINISI WALI NIKAH

Wali ialah orang yang memiliki atau diberi kuasa oleh syarak untuk mengakad nikah.

لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ
Maksudnya: “Tidak sah sesuatu pernikahan melainkan dengan wali.” (Riwayat At-Tirmizi, No. 1101)

SYARAT-SYARAT WALI NIKAH

  1. Islam
  2. Lelaki
  3. Baligh
  4. Sempurna akal
  5. Merdeka
  6. Adil (tidak fasiq)
  7. Tidak dipaksa
  8. Bukan dalam ihram
  9. Bukan safih (bodoh/dungu)

KATEGORI WALI NIKAH

WALI NASAB

Wali nasab ialah wali yang mempunyai pertalian darah dengan pengantin perempuan melalui keturunan sebelah bapa mengikut susunan yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Wali Nasab terbahagi kepada 2:

a) Wali Aqrab
Wali yang paling hampir dan lebih utama dalam susunan wali nasab. Wali aqrab juga terbahagi kepada dua, iaitu:

i) Wali Mujbir
Wali mujbir adalah terdiri daripada bapa, datuk sebelah bapa dan ke atas. Wali ini boleh menikahkan anak atau cucu perempuan berstatus anak dara tanpa meminta izinnya terlebih dahulu, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak.

ii) Wali Ikhtiyar / Ghair Mujbir
Wali nasab yang boleh mengahwinkan seseorang perempuan berstatus janda atau balu setelah mendapat persetujuan dan keizinannya.

b) Wali Ab’ad
Wali yang lebih jauh dalam susunan wali nasab dan hanya berhak menjadi wali apabila tiada Wali Aqrab atau Wali Aqrab tidak memenuhi syarat sebagai wali.

WALI RAJA (WALI HAKIM)

Wali yang ditauliahkan oleh Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab atau apabila berlaku sebab-sebab tertentu yang diiktiraf oleh syarak.

RUJUKAN

  1. Buku Wali Nikah Menurut Mazhab Syafi'i, Cetakan April 2019, JHEAINS
  2. Buku Gerbang Perkahwinan, Cetakan Kelima 2023, JAKIM

Maklumat Pemohon

AMARAN: SILA MASUKKAN NO KAD PENGENALAN YANG LENGKAP (CONTOH: 888888-88-8888).

Semakan Susunan Wali Nikah

Semakan dibuat secara automatik berdasarkan maklumat yang dimasukkan.